Sunday, November 14, 2010

Pusat Inovasi

WTNOA

MELAKA: Sebuah pusat inovasi peringkat komuniti dikenali sebagai Innospace akan diwujudkan di negeri ini tahun depan, yang kelima di negara ini dalam usaha menggalakkan budaya inovasi di peringkat akar umbi, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili. 

Katanya, pusat itu menyediakan pelbagai kemudahan peralatan reka cipta kepada pereka bukan profesional dalam kalangan masyarakat bagi menghasilkan rekaan.

Beliau berkata, Melaka dipilih sebagai lokasi kemudahan itu kerana negeri berkenaan dilihat mendahului dalam bidang kreativiti dan inovasi.
Beliau berkata, Innospace pertama adalah di Taman Perindustrian Demak Laut, Sarawak yang dilancarkan pada 24 Oktober lalu, diikuti tiga lagi masing-masing di Sabah, Pahang dan Labuan bertujuan membantu mengadakan promosi dan jalinan dengan pihak tertentu bagi memasarkan produk dihasilkan. 

Innospace juga menyediakan bimbingan pakar kerana kementerian sedar masyarakat menghadapi masalah membangunkan idea atau reka cipta disebabkan kurang bimbingan pakar dan kos peralatan yang mahal. Jadi di pusat ini, mereka akan dibimbing menggunakan mesin untuk membangunkan idea, membuat prototaip dan modeling," katanya pada majlis perasmian Karnival Malaysia Inovatif 2010 Zon Tengah di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, semalam. 

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh. 

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kerajaan negeri bercadang merekacipta dan menghasilkan cenderamata dengan identiti sendiri pada tahun depan untuk dipasarkan kepada pelancong yang berkunjung ke negeri ini. 


SuaraAnakMelaka:

Well done Datuk Ali Rustam.Teruskan memajukan Melaka ,insyaallah menjadi hub perlancongan dan hub ilmu.Mudah mudahan..

No comments:

Post a Comment